Posts

3 Jan 2024

Tika hati berbisik Diam berbicara sepi Airmata peneman diri Mengapa ia berlaku

2 Jan 24

Hari yang cerah Moga yang baik mendatang

1Jan 24

Mulakan langkah Jangan menoleh lagi Lupakan kepahitan kopi Hirupkan kemanisan coklat Selamat tinggal 2023 Tiada yang istimewa Tiada yang perlu dikenang Hanya sejarah  Selamat datang 2024 Moga yang baik-baik Maafkah hambaMu ini  Ya Allah

20 Dis

Aku lemah Aku tidak kuat Di mana dahan  Untuk aku berpaut Di mana pondok Untuk aku menumpang teduh Aku perlukan kekuatan Untuk aku terus melangkah Aku mahu lari Meninggalkan jauh kenangan ini Namun aku selalu tewas Aku rebah lagi Jatuh tersungkur Luka itu mendalam Sakitnya ku rasa Aku kalah lagi

1 Dis

Penat Tiada kata yang mampu Namun ingatlah setiap insan Allah akan berikan ujian Berdasar apa yang kita mampu Ganjaran besar Pahala berganda  Jika kita mampu sabar

28 Nov

Kecewa  Hati ini diremuk  Sukar menerima  Maruah tercalar  Ingin melupakan  Namun ia menjalar  Mampukah aku menghalangnya  Tegakah aku melaluinya  Meniti fasa ini